Saturday, 16 July 2011

pembelajaran melalui persoalan...

sebagai guru, banyak kaedah dan teknik yang sering digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar, dan salah satunya ialah teknik soal jawab. persoalan yang ditimbulkan boleh meransang pelajar untuk berfikir, itupun kalau betul-betul nak belajar. kalau pelajar yang dah tak minat nak belajar, soalan yang ditanyakan dibiarkan berlalu, rela di denda dari dia berfikir, sungguh malas orang-orang ini.

dalam konteks pendidikan islam banyak benda-benda mudah di anggap biasa, dan tidak perlu untuk dipersoalkan. aku sering menimbulakan satu persoalan yang membolehkan pelajar-pelajarku berfikir. teknik pembelajaran dua hala ini sungguh berkesan, tapi kalau kelas depan la, kalau kelas belakang malas nak berfikir, kalau aku kata "kalau awk semua tak ada soalan, saya ada soalan untuk kamu selesaikan, barulah terhegeh-hegeh nak tanya, kadang-kadang soalan yang main-main, aku jawab semua soalan mereka walaupun benda tu remeh. masing bersedia dengan soalan sebab takut kena soal.

tiba-tiba ada eorang pelajar bertanya aku satu soalan yang simple, tapi membuatkan aku berfikir panjang, aku anggap selama ni itu adalah benda yag sangat mudah tp bila dipersoalkan aku jadi confius... "ustazah kalau solat subuh adakah kita baca tahiyyat awal atau tahiyyat akhir?" kebetulan hari tu aku ajar bab solat fardhu. "selama ni kamu baca apa?" aku membalas soalan dengan soalan...namun aku sedang berfikir, betul ke jawapan aku tu?? kemudian dengan yakin aku menjawab "tahiyyat akhir, kalau baca ahiyyat awal tak cukup la rukun solat."

bila semua mengangguk anda faham, aku menarik nafas lega. tp dalam hati berfikir bahawa lepas ni aku akan mencari jawapan, kalau salah aku perlu betulkan balik. Alhamdulillah, bila bertanya kepada yang lebih 'arif jawapan yang aku berikan betul.

cikgu pun perlu belajar dan terus belajar, belajar dari guru, buku, dan tidak menjadi kesalahan kalau kita belajar dari pelajar. kadang-kadang diaorang lebih kreatif dari kita..
wallahua'lam.
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."