Monday, 22 August 2011

mencari secebis kekuatan

sempena Ramadhan yang mulia ini, terutama di 10 yang terakhir, semuanya sibuk mencari malam yang dinamakan malam lailatul qadar...hanya orang yang terpilih sahaja yang akan dikurniakan malam tersebut, apa pun teruskan berusaha, dan berdoa supaya kita semua diberi kesempatan untuk beramal pada malam tersebut.. supaya Allah berikan kekuatan untuk beramal, kalau tidak ada kekuatan nafsu akan menguasai diri, malas untuk beramal ibadat....

begitulah juga dengan kehidupan manusia, hidup ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, kedua-duanya perlukan kekuatan.. kekuatan untuk tetap bertahan dan untuk bangun dari zaman kekecewaan.. manusia tidak pernah lepas dari kesilapan, dan kerana kesilapan itulah kita jatuh tersungkur, jadikanlah ia sebagai satu pengajaran supaya ia tidak akan berulang..

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

kalimah yang perlu diamalkan supaya kita akan dikurniakan kekuatan, apa pun keadaan kita kembalilah kepada Allah, kerana di situ kita akan temui sumber kekuatan..

Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan untuk terus berada di jalan MU.... jauhkanlah aku dari sifat sombong dan putus asa...

Wednesday, 17 August 2011

HORMAT MENGHORMATI

satu sikap yang perlu ada pada manusia, suapaya kita disenangi. kalau kita pandai hormatkan orang lain, orang akan hormatkan kita, begitulah sebaliknya, prinsip itu juga yang aku pegang, patut ke?? perlu ke kita hormatkan orang yang tak pandai hormatkan kita?

kalau dalam kelas aku sering ingatkan para pelajar supaya hormatkan orang tua, guru dan kawan-kawan. hormat bukannya tunduk, sujud di kaki, tapi cukup sekadarmendengar arahan, bertindak mengikut arahan, tidak menzalimi golongan yang lebih muda, tapi budak-budak sekarang ni susah nak hormatkan guru, mengolok cikgu, kawan-kawan...sudah menjadi kebiasaan...

di sini peranan orang seperti aku, untuk menerapkan nilai-nilai murni, sering aku ingatkan kepada para pelajar supaya menghormati guru, agar ilmu yang diperolehi berkat dan membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah berikanlah kejayaan kepada anak muridku agar mereka menjadi golongan yang bersyukur, jauhkanlah mereka dari sifat malas yang boleh membawa kepada kehancuran masa depan mereka. bukakanlah pintu hati mereka agar mudah menerima apa yang di ajar. amiiinnn.....

Tuesday, 16 August 2011

Bantu Aku Ya Allah

Tarbiyahkan diri,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.
Bagaimana ya Allah,
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.

Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.

Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan sebagai kaedah pendidikan...

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada kita semua untuk menjalani ibadat puasa pada bulan yang penuh barakah ini.puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, iaitu bermula masuk waktu subuh sehingga masuk waktu mangrib.

Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. semua ada faedah dan manfaatnya, ada hikmah dan kesannya, begitu juga dengan ibadat puasa yang Allah wajibkan kepada hambanya yang beriman. Puasa merupakan pendidikan yang sempurna dalam mencapai keredhaan Allah. kenapa??? kerana puasa mengandungi banyak keistimewaan teutamanya pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al-Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183, yang bermaksud :

Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t..
  • Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
  • Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
  • Puasa sebagai perisai.
  • Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.
  • Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.

Puasa bukan sekadar menahan diri dari menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari melakukan perkara maksiat, melatih diri untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

Lalu di manakah puasa kita???
Adakah masih ditahap lama???

Sama-sama kita renung dan fikirkan.
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."