Friday, 18 March 2011

Pendidikan Islam

Pendidikan islam ialah memberi pendidikan terhadap individu atas dasar syariat islam berpandukan al-quran dan sunnah. mendidik bermaksud mengajar atau mengajak pelajar melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan. pendidikan ini berjaya apabila berlakunya perubahan terhadap pelajar tersebut.

Dalam pendidikan islam, ia bukan sahaj menyampaikan ilmu secara teori, malah perlu ada penghayatan dan penerapan nilai-nilai islam. jika tidak objektif pendidikan islam tidak akan tercapai. memang mudah untuk menyampaikan ilmu atau maklumat, tetapi untuk menerapkan penghayatan terlalu payah.

Terdapat beberapa bidang uatama dalam pendidikan islam iaitu tilawah, hadis, akidah, ibadat, sirah dan adab. ia merangkumi segenap bidang kehidupan manusia, jika salah satu bidang ini disingkirkan maka tidak sempurna pendidikan seseorang. tidak cukup kalau sekadar dapat menunaikan solat dengan baik, tetapi adab dengan masyarakat sekeliling tak ada.

Inilah tangungjawab yang aku bawa, amanah yang Allah berikan kepadaku, senang untuk menghabiskan silibus, pelajar mengangguk faham, tapi kalau tidak ada penghayatan, proses pembelajaran tidak berjaya.

" Ya Allah kuatkanlah hati ini dalam memperjuangkan agamaMU"

Thursday, 17 March 2011

Guru kerjaya atau amanah???

Setelah sekian lama bercita-cita menjadi seorang guru, akhirnya Allah makbulakn doaku. berkat doa ibu dan arwah atuk, kini aku bertapak dalam kerjawa sebagai seorang pendidik. bukan senang untuk mendidik, kerana ia memerlukan sebuah kekuatan dan pengorbanan. berkorban dari masa dan tenaga, menanggung rindu kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. tetapi itulah erti sebuah perjuangan.

Bidang ini aku pilih bukan kerana mudah tetapi kerana minat yang mendalam, ingin mendidik anak bangsa dan generasi akan datang supaya menjadi warga yang berilmu dan beramal dengan apa yang dipelajari, kerana kebanyakan sekarang manusia jarang beramal dengan apa yang telah dipelajari. untuk menghabiskan silibus terlalu senang, tetapi untuk menerapkan penghayatan terlalu susah. sewaktu kecil bila aku dipersoalkan tentang cita-cita, gurulah yang sentiasa meniti ke bibir.

Alhamdulillah di beri peluang oleh Allah untuk mengajak hamba Allah yang lain untuk lebih mengenali Maha Pencipta, medekatkan diri kepada Yang Maha Agung. Amanah ini terlalu berat untuk aku laksanakan, kerana aku membawa pendidikan agama yang paling mulia iaitu pendidikan agama islam. bergelar ustazah merupakan satu cabaran yang besar kepada diri ini, kerana ia menjadi satu role model yang akan dilihat dari segenap sudut. pembelajaran adalah sepanjang hayat, dan aku akan terus mengisi jiwa ini dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Monday, 14 March 2011

PERJUANGAN

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang Esa
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."