Thursday, 17 March 2011

Guru kerjaya atau amanah???

Setelah sekian lama bercita-cita menjadi seorang guru, akhirnya Allah makbulakn doaku. berkat doa ibu dan arwah atuk, kini aku bertapak dalam kerjawa sebagai seorang pendidik. bukan senang untuk mendidik, kerana ia memerlukan sebuah kekuatan dan pengorbanan. berkorban dari masa dan tenaga, menanggung rindu kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta. tetapi itulah erti sebuah perjuangan.

Bidang ini aku pilih bukan kerana mudah tetapi kerana minat yang mendalam, ingin mendidik anak bangsa dan generasi akan datang supaya menjadi warga yang berilmu dan beramal dengan apa yang dipelajari, kerana kebanyakan sekarang manusia jarang beramal dengan apa yang telah dipelajari. untuk menghabiskan silibus terlalu senang, tetapi untuk menerapkan penghayatan terlalu susah. sewaktu kecil bila aku dipersoalkan tentang cita-cita, gurulah yang sentiasa meniti ke bibir.

Alhamdulillah di beri peluang oleh Allah untuk mengajak hamba Allah yang lain untuk lebih mengenali Maha Pencipta, medekatkan diri kepada Yang Maha Agung. Amanah ini terlalu berat untuk aku laksanakan, kerana aku membawa pendidikan agama yang paling mulia iaitu pendidikan agama islam. bergelar ustazah merupakan satu cabaran yang besar kepada diri ini, kerana ia menjadi satu role model yang akan dilihat dari segenap sudut. pembelajaran adalah sepanjang hayat, dan aku akan terus mengisi jiwa ini dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."