Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada kita semua untuk menjalani ibadat puasa pada bulan yang penuh barakah ini.puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, iaitu bermula masuk waktu subuh sehingga masuk waktu mangrib.
Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. semua ada faedah dan manfaatnya, ada hikmah dan kesannya, begitu juga dengan ibadat puasa yang Allah wajibkan kepada hambanya yang beriman. Puasa merupakan pendidikan yang sempurna dalam mencapai keredhaan Allah. kenapa??? kerana puasa mengandungi banyak keistimewaan teutamanya pada bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al-Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183, yang bermaksud :
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t..
Puasa bukan sekadar menahan diri dari menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari melakukan perkara maksiat, melatih diri untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita???
Adakah masih ditahap lama???
Sama-sama kita renung dan fikirkan.

- Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
- Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
- Puasa sebagai perisai.
- Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.
- Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.
Puasa bukan sekadar menahan diri dari menahan lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari melakukan perkara maksiat, melatih diri untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita???
Adakah masih ditahap lama???
Sama-sama kita renung dan fikirkan.
No comments:
Post a Comment